SINGAPURA: Kes Influenza A (H1N1) di Singapura kini melebihi paras 200 kes apabila 26 lagi kes baru yang disahkan wabak itu dilapor semalam.
Kementerian Kesihatan berkata kes terbaru membabitkan 11 kes tempatan dan 15 lagi yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes H1N1 yang dilapor di Singapura ialah 220.
Kementerian itu berkata 11 kes tempatan membabitkan dua penjaga kelab hiburan tempatan, dua yang menghadiri kem gereja, dua pekerja di kem tentera dan lima kes yang tidak mempunyai hubungan.
Lima kes yang tidak mempunyai hubungan ialah empat wanita dan seorang lelaki berusia 18 hingga 22 tahun.
Daripada 15 kes import, kementerian berkata empat mempunyai sejarah perjalanan ke Filipina, empat ke Australia, tiga ke Hong Kong, dua ke Amerika Syarikat dan masingmasing seorang ke United Kingdom dan New Zealand. BERNAMA
=
orang belah johor hati2 lah..
'Excel final boss': Office employee breaks the Excel obstacle course
record, garners a mixed reaction that sparks hilarity in the comments
-
Being an overachiever at work can mean a lot of things. For most desk
jockeys and people who sit behind a computer all day, their goals can be a
little m...
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment