Jam Dinding

Google Search

Custom Search

Chat

Create a Meebo Chat Room
Showing posts with label Ngepek. Show all posts
Showing posts with label Ngepek. Show all posts

A(H1N1): Tutup semua sekolah hanya pilihan terakhir, kata PM (II)









=


tumpang dua kaki ah..

Fwd: belanje keter zaman tajol rosli

Sidang DUN tadi ada dibentangkan tentang kos penyelanggaraan kereta-kereta EXCO semasa era BN dari tahun 2004 hingga Mac 2008.

padanla pihak pembangkang semua pakat keluar dewan tadi..sakit telinger rupanya..hahahah...kosong kerusi2 belah pihak pembangkang bila kamera tuju kat belah pembangkang..bukan takat hangat telinga..bontot pon hangat..hahaha


mari kita tengok betapa seronoknya depa perabih duit orang2 Perak selama depa memerintah Perak.....ni baru tang kereta..belom lagi yg lain2 punya kos lagi..

Padanla bila depa tak dapat pegang Perak ni..macam orang gila talak..melepas banyak projek noo...




Setiausaha Kerajaan negeri AFD 11 RM72, 777.12

Penasihat Undang-undang AFD 22 RM45,517.40

Pegawai Kewangan Negeri AFD 33 RM83,045.50

Speaker AFD 999 RM63,324.16

Dato Yik Phooi Hong AFQ 183 RM6,587.47

Dato Ho Chang Weng AFD 66 RM105, 783.99

Dato Ramly Zahary AFD 858 RM48,461.71

Dato G. Rajoo AFD 77 RM86, 925.14

Dato Chang Ko Youn AFD 55 RM86, 005.94

Dato Radzi Manan AFD 88 RM64,655.26

Dato Tan Chin Meng AFD 333 RM102,884.63

Dato Mohd. Saarani AFF 99 RM66, 921.04

Dato Mohd. Zaim AFD 99 RM103,896.03

Kapt. Najmudin AFB 64 RM27,658.60

Dato Siti Salmah AFF 33 RM89,259.40

Dato Zamry AFF 88 RM25,808.89

Jumlah: RM1,079,512.07

Bekas Menteri Besar, Dato Tajol Rosli Mercedes Benz ML 320 AEH 9 RM90,733.07. Tu tak termasuk sebuah lagi kereta Proton Perdana.

Jumlah penyelanggaraan kereta Bekas Menteri Besar sahaja berjumlah RM222,343.26.

Jumlah keseluruhan…RM1,301,855.33




fuhh....tak tercapai akalku...!!

Politik wang: Kikis orientasi 'Umno itu duit, duit itu Umno'


PETALING JAYA: Gejala politik wang sudah sebati dengan Umno! Ini rumusan penganalisis dan pemerhati politik yang mengikuti dengan dekat perkembangan tersebut sejak kebelakangan ini.

Pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr Ghazali Mahyudin berkata, gejala politik wang sudah lama berakar umbi dalam Umno dan ia merebak daripada peringkat atasan hingga ke bawah.

"Ia dah berlaku lama. Bila ada bunga-bunganya, ia patut dicantas cepat tapi Umno dulu, masa hal ini (politik wang) berlaku, mereka menutupnya dan akibatnya semakin dapat dilihat pada hari ini. Ia semakin merebak dan sukar dibendung lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Ghazali berkata, walaupun ada tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin tetapi ia tidak memberi kesan besar kerana hanya melibatkan beberapa orang ahli dan bukan menyeluruh.

"Selain itu, ini juga melibatkan masalah kepimpinan. Walaupun ada pemimpin Umno yang berdegar-degar bercakap politik wang berdosalah, merosakkan maruah bangsa dan sebagainya tetapi tidak semua ahli yang memandang berat cakap-cakap mereka.

"Ada sesetengah ahli yang bila pemimpin bercakap demikian, mereka pun kata 'alah, dia cakap, dia pun buat juga'... itulah yang membimbangkan," katanya.

Ghazali menambah, gejala yang berleluasa di kalangan ahli Umno ini tidak boleh dipandang mudah kerana golongan ini yang akan menerajui parti dan kemungkinan besar menerajui negara.

Justeru katanya, cara yang baik untuk mengekang gejala politik wang daripada terus berlaku adalah dengan menghapuskan sistem kuota yang menjadi salah satu punca kepada gejala ini terus berlaku.

"Jika tidak dilakukan, saya tidak nampak hal ini akan berkesudahan dan saya fikir tidak ada jawatankuasa yang mampu menanganinya kerana ia sudah seperti satu budaya.

"Pemimpin cakaplah apa pun, media tulislah apa pun, setakat ini memang tidak memberi kesan. Pada saya, politik wang dalam Umno boleh dikatakan 'kalau bagi salah, tak bagi kalah'," katanya.

Sementara itu, pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaini Othman turut bersetuju jika sistem kuota dalam pemilihan Umno dihapuskan.

"Ia melibatkan aspek penstrukturan dalam pemilihan Umno kerana struktur sedia ada iaitu sistem kuota yang mendokong politik wang ini terus berlaku dalam parti tersebut.

"Bukanlah saya maksudkan ia akan terus terhapus tetapi mungkin sedikit sebanyak, gejala politik wang itu dapat dikurangkan," katanya.

Zaini berkata, salah satu cara bagi menggantikan sistem sedia ada adalah dengan mengadakan pemilihan secara serentak berbanding secara berperingkat-peringkat yang diamalkan pada masa ini.

"Sekarang ini, pemilihan yang diadakan melalui mesyuarat-mesyuarat agung (persidangan perwakilan) bahagian membolehkan calon meletakkan sasaran, bahagian mana yang mereka mahukan untuk mendapatkan lebih lagi pencalonan.

"Jika dilakukan serentak, hal ini dapat dielakkan kerana mereka tidak ada masa untuk melakukan semua itu," katanya.

Selain itu, Zaini berkata, ahli-ahli Umno juga perlu mengubah persepsi mereka bahawa Umno adalah sebuah parti yang menjanjikan wang kepada ahli-ahlinya.

"Ahli-ahli Umno ini perlu diorientasikan semula daripada menganggap Umno itu duit, duit itu Umno. Saya tidak pasti macam mana caranya tapi itulah yang perlu dilakukan," katanya.

Sementara itu, pensyarah jurusan pembangunan sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, Lembaga Disiplin dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu bekerja keras dalam membasmi gejala politik wang ini daripada terus berleluasa.

"Kalau betul-betul nak banteras (politik wang), Umno memang kena kerja keras termasuk Lembaga Disiplin perlu memantau daripada awal lagi perjalanan mesyuarat peringkat bahagian.

"Masalahnya sekarang, dalam gejala politik wang yang begitu teruk pada masa ini, ia boleh diibaratkan seperti rumah sudah terbakar tapi mesyuarat nak panggil bomba baru nak diadakan," katanya.

Jelas beliau, Lembaga Disiplin boleh mengadakan jawatankuasa di peringkat negeri supaya masalah disiplin ahli termasuk politik wang boleh dikawal.

"Masalahnya, politik wang ini sukar dikesan kerana tiada siapa yang mahu tampil menjadi saksi dan kita pun tidak tahu tangan-tangan tersembunyi yang menerima duit-duit itu.

"Bagaimanapun pada saya, setiap ahli sebenarnya perlu kembali semula kepada ajaran Islam iaitu keimanan dan ketakwaan serta sayang kepada negara," katanya.

=

walaupun saya adalah ahli parti teksi semalaysia (PATEKMA), saya membantah kenyataan dan kutukan sinis tersebut terhadap UMNO. saya tahu UMNO ini berjuang kerana rakyat dan mentadbir negara dengan baik sekali. sudah 51 tahun UMNO memerintah, kita hidup dengan aman damai, tiada jenayah berlaku, tiada penyelewengan, tiada rasuah dan korupsi. kes - kes di mahkamah di selesaikan dengan secepat mungkin, tiada langsung kes tertunggak. malahan malaysia di nobat sebagai sebuah "NEGARA BERSIH" oleh PBB (Persatuan Bam Brayut). dengan ekonomi yang kukuh dan tiada efek langsung dari kesan kemelesetan ekonomi Amerika ternyata kutukan sinis itu langsung tak berfakta dan hanya kata - kata palsu dari pembangkang dan penganalisis politik. tengok sahaja perut saya yang semakin besar, ini menunjukkan rakyat malaysia cukup makan, jadi betul lah kata Shabery Chik semasa berdebat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim baru - baru ni. saya harap kita akan terus menyokong UMNO dengan sepenuh hati dan jiwa raga kita supaya UMNO dapat terus membangunakan negara malaysia ini dengan jayanya. Amin.

wes sukow

salam kur sorry nyusoh demo
kawe maner reti wei blogger nie