> Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas
> Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak
> Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma
> tinggal bersama pengasuh je.
>
> Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan
> kaki.
>
> Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
> Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"
>
> Lantas....... si bapa memanggil si anak, ditawarkan basikal yang macam mana
> dan si anak cuma bagitau,
>
> "Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."
>
> Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"
>
>
> "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."
>
> Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka
> dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang
> paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.
>
> Masa berlalu…
>
> kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama
> si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut
> roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor.
>
> Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa.
>
> Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan
> kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli
> kasut roda je...".
>
> Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah
> rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda.
>
> Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"
>
> Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut
> roda, ditambah bola hitam dan bola putih.
>
> Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.
>
> Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim
> rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya.
> Trend baru....
>
> Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas
> bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
> si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat
> banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan
> harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar
> kamu tak malu".
>
> Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota
> tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."
>
> "Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah
> istimewanya bola itam dan bola putih!!?
>
> Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota
> sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola
> putih untuk kesekian kalinya.
>
> Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi
> mendesak bapanya. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa..
> "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"
>
> Masa berlalu...
>
> Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
> dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.
> Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh
> membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi
> sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.
>
> Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan
> anaknya! Maka ditawarkan
> Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran
> ayahnya dengan alasan motor kurang
> praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si
> bapa
> tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah
beso panjang, boleh
berbincang.
Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
pula dgn bola hitam dan
bola putih semestinya!!.
Tetapi si bapa masih kesal.... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan
anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya
begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula
tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &
bola putih..
Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak
dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta
Ferrari keluaran terbaru.
Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor
je.
Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik
motoooooor jeeeee.
Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan
bola hitam bola putih. Tak
faham perasaan anak sendiri!
Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So,
selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya
kpd si bapa, kenapa pak cik
tak belikan bola hitam bola putih?
Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai
awek anak aku pun
tanya..bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di
tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!
Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam &
bola putih.
Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di
hadapan awek
anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.
Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit
bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah,
anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi
gelabah
dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga
dimaklum
oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana
mereka tidak memakai seatbelt, si
awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.
Si bapa tiba di Hospital.."macammana doktor, anak saya?"
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah
berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik
manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."
Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.
"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga
menangis
kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan
dia...akrablah dua
manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat
pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya...
Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya
dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini
selalu minta bola hitam bola putih"
"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu
sering
kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang
baik."
Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma
saya kecewa disebabkan papa ada
kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan
bola putih je kan ?"
Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat..., "KENAPA KAMU
SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA
PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI
BUATMU?"
(anda semua pun ingin tahu kan ..?)
Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat
bertahan dan
masanya sudah hampir tiba...
"sebabnya ....saya.. saya... saya...."
*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang.. Si anak
sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.
Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi saya yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih.
Isk!Isk! Isk!..........Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula
forward kat saya.
P/S : Sorry aarr sebab forward.... Ye lah...Takkan nak jadi
korban sorang-sorang je kan ...hehehe..
terima kasih kerana sudi membaca dengan penuh kesabaran... :)
Shady arborist causes over $300k in damages to neighbor's yard, neighbor
purchases his and his parent's online identity: ‘MY website is the #1
result on Google if you search for [him]’
-
It only cost one tree for this man to destroy his entire online
presence—personal and professionally. What happened you ask? It started
with some damages...
8 hours ago
0 comments:
Post a Comment