Jam Dinding

Google Search

Custom Search

Chat

Create a Meebo Chat Room
Showing posts with label Salam Riyadh. Show all posts
Showing posts with label Salam Riyadh. Show all posts

Selamat Bergathering!!


Assalamualaikum...

Kepada kawan-kawan semua semoga gathering first yang akan diadakan nanti dapat merapatkan kembali kita semua.. Buat yang dah beranak bini suami hehe tahniah la eh... Kepada Che Mat tahniah dapat baby first tuw.. Sutor, ajak, sarjan misai, piri, mat nan, pino, meong, abu,maro, studin dan semua yang penah amik OM dan sesiapa kenal aku dan aku kenal juga all the best and get a bless from Allah ok... dapat baby ke kahwin ke announce la dalam blog.. leh gak tau-tau. All the best TOK @ AJAK for this gathering and AJK-AJK tidak rasminya semoga dapat kumpul balik semua ok :). So harap-harap pengantin baru encik meong dapat dijumpai deh.

Sorry tak dapat hadir ke Majlis gathering itu nanti.. Yang dapat disampaikan salam kepada semua kawan-kawan.. insyaAllah nanti selepas raya puasa ni aku akan wat majlis aku plak.. so tunggu lah nanti jemputan eh .. wat gathering lagi ar nanti hehe..

Apapun aku doakan korang semua agar murah rezeki, kesihatan bertambah baik, keluarga bahagia serta kalau ada salah silap aku kat korang harap minta maaf eh.. kalau senang lawat la blog aku situ aku update manyak-manyak.. and thanks Encik Sutor coz make this blog.. Encik Jeff lecturer kita pun tau ada blog ni hehe all the best woo!!!! have a bless gathering... sehingga bertemu lagi diizinkan tuhan...

Massalamah,



......t.t........
PAK CHU
Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia
26/02/2009
www.arabcelup.blogspot.com

Angkasawan Negara ke Haji!!!

Pada tanggal 30 haribulan November 2008 satu menda yang bermakna bagi aku dan seluruh warga kedutaan yang menyambut ketibaan Angkasawan negara.. untuk pengetahuan dia sekeluarga mengerjakan haji tahun ni.. alhamdulillah lah baguslah rezeki dia sekeluarga melimpah ruah bersama dengan semua abang abangnya datang kesini untuk mengerjakan haji. Walau pape pun dia memang peramah and keluarga baik baik semua... abang abang dia sporting gila memang banyak la masa kami berbual pada hari tu. Ni aku coretkan sket.. yang lain aku masuk dalam blog aku hehe :)

Haha ni bukan Datuk Sheikh Muzaffar ni Second Secretary Embassy Encik Azral yang tengah menjamu dengan seleranya juadah pada tengah hari tu .. kelihatan orang lain sudah habis makan tetapi dia masih dengan rutinnya cayalah !!!

Hehe dia tengah kunyah tulang ayam tu hehe maklumlah kena makan pak arab 3 hari memang jumpa makanan malaysia memang layan lah hehe kira puas la dia makan hari tu . Pape Datuk Sheikh memang peramah best borak hehe!!


Ni Masa nak balik dah ni kitaorang bergambar kenangan bersama warga kedutaan dan juga keluarga Sheikh Muzaffar.. Tu yang pakai pak arab tu semua abang abang dia besok diaorang akan bertolak ke Jeddah dan seterusnya menunaikan ibadah haji di Tanah Suci semoga diaorang selamat menunaikan ibadah haji.

Hehe ni off course la aku gambar fresh lagi. Masa ni lah aku curi bergambar terima kasih kepada Encik Azral yang mengambil gambar aku ngan penuh semangat cayalah Cik hehe..and once again thanks kepada Datuk Sheikh yang sudi meluangkan masa ke Resident Duta Besar.. lain kali mau shoping contact kitaorang hehe ingat kitaorang gi sini wat ibadah tau hahaha!!!

to be continue bebeh... maasalamah...

Salam Dari Riyadh, Arab Saudi

DI RESTORAN MALAYSIAN KITCHEN, AL KHOBAR, DAMMAM



Korang tengok pak arab makan sate berpeluh beb hehe


JENG JENG JENG!!!



Huhu dapat gak aku nak post something kat sini walaupun pada waktu ini terlalu sibuk dengan function dan kerja sana sana. Kai fal hail? Taiyib???korang semua harap korang sihat la semuanya eh.. Minggu ni aku pergi out lagi kali ni ke Dammam coz restoran malaysia dah buat kat sana dah namanya restaurant itu Malaysian Kitchen ownernya ialah Tuan Haji Mohamad Hakimey yang dahulunya bekerja mencari minyak di Saudi Aramco. Ramai juga pak pak sheikh yang hadir sampai aku rasa bukan restoran malaysia dah ari tu.

Aku lak kerja aku kena ngekor bos aku (Pak Duta) tu ler keje aku mana dia pegi ada aku cuma time dia mandi ngan tidur je aku takda hehe. Aku masuk la sket sket gambar yang ada dalam nih hehe korang tengok la eh.


Dengan slamber nye nguyah kambing pastu cik lokman segera blah sebab satenya dipau pak arab tersebut digantikan dengan tulang kambing apa daaa.. Gambar ini diambil semasa cik lokman sedang menahan marah berikutan satenya dirampas pak arab ini

Ni antara orang-orang malaysia di Damman yang hadir pada waktu itu yang ni kat luar lar yang lain sibuk dalam restoran isap rokok and mengumpat pak arab yang datang. Masa ni duta tengah sesat kat al khobar hehe tu lar coz aku tak naik ngan bos masa tu hehe so driver arab korang paham la degil tu la bahana.. tengok tu beratus ratus keping gambar yang diambil kosong kerana menyangkakan setiap kereta yang sampai ialah kereta pak duta hehe.


hehe ni shot kamera man profesional gilo aku sorang je panjat tembok time tu beb hehe gila semangat nak shot the best untuk bos aku hihi. Musti amik tidak get lost from that merz (means aku balik sendiri ar huhu) yang pakai songkok tu owner malaysian kitchen Tuan Haji Hakimey. Fuh memang sodap la dia masak kalau datang ke saudi singgah lah restoran saya "katanya kepada orang orang yang baca ini".


Antara sebahagian makanan yang ada ni antaranya pulut, kambing masak opoh, sate, huhu mee goreng mamak waaaaaaa rindu mak aku masak adui sedih sedih weh..

Haha ni ler aku hehe muke serius lapar beb.. diaorang berucap tah apa apa kelihatan sebelah itu adalah second secretary hehe merangkap BG2. Fuh lama gila tak makan makanan malaysia dah selalu melantak makan arab je ni la peluang aku melantak gambar aku ada hehe tapi aku masuk dalam blog aku lew.. nak tengok lagi silakan ke blog aku lak.


Fuh GMC memang favorate car kat sini memang taff bergaya dan ada class hehe...


Matahari turun di dammam indahnya ciptaan tuhan huhu so korang sembahyang lah eh kalau dah masuk waktu tu .. huhu.. masa ni dalam merz ngah pecut 240kmj dengan pak duta didalam kereta turut menyaksikan keindahan matahari bersama umi... waaaa gambar ni aku la yang kena tangkap coz aku ada kamera hehe.




Huhu sate yang sungguh superb la daripada restoran ini memang special tak sama ngan sate kajang ni memang da best!! cuma leh didapati di dammam. Menu favourate orang kesini tiap malam je sold out tapi when aku datang hehe paham paham je lah banyak ni aku makan (sape cakap takda sate luar negara) hehe. Hidup Melayu.


Itu je aku nak coret time nih sape ada masa leh melawat blog aku lak kat sini click jew ARAB CELUP ni blog aku baru wat la smalam hehe ngan rasminya aku wat memandangkan semua orang kat sini ada blog hehe so aku pun nak wat gak satu...

so to be continue... Maassalamah