Jam Dinding

Google Search

Custom Search

Chat

Create a Meebo Chat Room
Showing posts with label Linux. Show all posts
Showing posts with label Linux. Show all posts

Ubuntu vs Microsoft Windows

sudah tiba masa nya anda bertukar kepada ubuntu (linux) sekiranya aktiviti harian anda adalah melayari internet dan hanya melakukan kerja pejabat. menjadi pengguna linux bukan lah salah satu perkara yang susah. anda hanya perlu

1. download image file dan burn atau
2. request cd daripada pembangun OS linux



salah satu kelebihan ubuntu adalah anda boleh mencuba dahulu menggunakan ubuntu tanpa perlu install ke dalam pc atau laptop anda. pastikan anda set dvd atau cd rom anda 1st boot, masukkan cd ubuntu ke dalam dvd atau cd rom dan pilih option untuk "try ubuntu". anda sudah tentu tidak percaya jika saya katakan bahawa semasa sesi "try ubuntu" ini anda terus boleh melayari internet, menaip dokumen, mengedit gambar dan lain2 seolah2 ubuntu telah pun di install ke dalam pc anda.

dan pasti nya anda akan terkejut dengan kepantasan melayari web dengan menggunakan mozilla firefox yang berplatform kan ubuntu ini.


(desktop ubuntu)

sebelum anda bersetuju untuk install ubuntu ke dalam pc, anda perlu save mana2 fail yang anda mahu kerana khuatir anda terformat hardisk anda. saya jelaskan di sini bahawa sekiranya anda telah install ubuntu ke dalam satu hardisk dan kemudian ingin kembali menggunakan windows, seluruh hardisk itu perlu di format kembali kepada ntfs atau fat32 untuk di install windows walaupun anda install ke dalam partition yang berlainan.

sekiranya anda suka bermain game untuk platform windows pula anda boleh install 2 OS ke dalam satu hardisk. sekiranya hardisk anda adalah 40GB, jadikan ia 2 partition dan bahagi kepada 20GB setiap satu. anda perlu install windows ke dalam partition pertama dan kemudian install ubuntu ke dalam partition ke dua. setiap kali anda membuka pc, satu skrin akan dipaparkan bagi memudahkan anda untuk memilih OS yang anda ingin mahukan berdasarkan keperluan anda. (note : anda tidak akan berjaya menggunakan 2 OS sekiranya install ubuntu terlebih dahulu dan kemudian install windows)

sekiranya anda menggunakan ubuntu juga anda tidak perlu install driver seperti anda install windows. ubuntu anda juga bebas dari virus malahan anda boleh delete mana - mana virus windows yang memasuki pendrive anda.


fail di dalam kotak merah adalah antara fail yang hidden di dalam windows namun appear pada OS ubuntu, sebab itu lah saya katakan yang anda boleh delete terus virus windows tanpa perlu ada antivirus dan seperti yang kita ketahui juga virus windows langsung tidak memberikan apa2 kesan kepada ubuntu.

walaupun agak sukar bagi mereka yang pertama kali ingin mencuba ubuntu tetapi bagi saya ia amat berbaloi kerana
1. sekurang2nya anda tahu menggunakan lebih dari 1 OS (operating system)
2. anda dengan sendiri nya memajukan diri dalam bidang IT
3. pc anda bebas dari virus
4. anda tidak lagi tertekan dengan kelembapan Windows dan Internet Explorer
5. sekurangnya anda tidak lagi tertekan kerana Windows yang asyik "hang"
6. (anda pk sendiri selepas menggunakan ubuntu)

jadi adakah anda sudah bersedia untuk memajukan diri anda?

p/s : sekiranya windows xp anda rosak dan anda tidak dapat login ke desktop walaupun menggunakan safe mode, apakah yang anda akan lakukan? saya hanya menggunakan cd ubuntu dan gunakan option "try ubuntu" lalu login ke folder windows dan back up mana2 fail yang saya mahu kemudian format kembali pc tadi ke mana2 OS.

=
layari http://www.ubuntu.com/ untuk maklumat yang lebih lanjut
=





Linux - Linpus Lite


(interface pertama)

(interface kedua)


ini adalah salah satu versi linux yang sekarang ini diguna pakai pada laptop acer aspire one. kebanyakan versi linux sekarang boleh di cuba sebelum di install ke dalam pc anda. ini adalah kali pertama saya melihat interface linpus lite dan interface graphic nyer hampir sama dengan hp csl made in china.

linpus lite juga mempunyai 2 interface yg yg buleh di tukar pada bila2 masa sahaja tanp perlu reboot. OS linux ni kelebihan dia adalah bebas dari virus namun dari pengalaman saya menggunakan OS linux, software2 nya sangat terhad. cara untuk add program juga berlainan dari windows walaupun ada option add / remove program.

sekiranya kita sudah biasa download software dari mana2 web untuk diinstall ke dalam windows, linux pula tidak semudah itu kerana kebanyakan software nya dibangunkan sebagai sumber terbuka. Sumber terbuka merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.

tetapi ramai yang percaya bahawa sumber terbuka lebih ramai yang memeriksa kod sumber dan dengan itu lebih banyak kesilapan dijumpai dan dibetulkan. Hasil terakhir yang diperolehi akan lebih selamat dibandingkan dengan kod sumber tertutup bagi kod sumber yang sama. apa pendapat anda pula?

namun bagi saya sekiranya ingin di gunakan di pejabat ia adalah satu cadangan yang baik kerana jabatan tidak perlu membazirkan duit untuk membeli software yang original untuk di install ke dalam windows. cuma tinggal lagi 1 perkara iaitu untuk belajar menggunakan beberapa software basic contohnya seperti open office (salah satu software yang sama fungsi dengan microsoft office).

April Fool by Wanda The Fish from Ubuntu Linux