Jam Dinding

Google Search

Custom Search

Chat

Create a Meebo Chat Room

Linux - Linpus Lite


(interface pertama)

(interface kedua)


ini adalah salah satu versi linux yang sekarang ini diguna pakai pada laptop acer aspire one. kebanyakan versi linux sekarang boleh di cuba sebelum di install ke dalam pc anda. ini adalah kali pertama saya melihat interface linpus lite dan interface graphic nyer hampir sama dengan hp csl made in china.

linpus lite juga mempunyai 2 interface yg yg buleh di tukar pada bila2 masa sahaja tanp perlu reboot. OS linux ni kelebihan dia adalah bebas dari virus namun dari pengalaman saya menggunakan OS linux, software2 nya sangat terhad. cara untuk add program juga berlainan dari windows walaupun ada option add / remove program.

sekiranya kita sudah biasa download software dari mana2 web untuk diinstall ke dalam windows, linux pula tidak semudah itu kerana kebanyakan software nya dibangunkan sebagai sumber terbuka. Sumber terbuka merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.

tetapi ramai yang percaya bahawa sumber terbuka lebih ramai yang memeriksa kod sumber dan dengan itu lebih banyak kesilapan dijumpai dan dibetulkan. Hasil terakhir yang diperolehi akan lebih selamat dibandingkan dengan kod sumber tertutup bagi kod sumber yang sama. apa pendapat anda pula?

namun bagi saya sekiranya ingin di gunakan di pejabat ia adalah satu cadangan yang baik kerana jabatan tidak perlu membazirkan duit untuk membeli software yang original untuk di install ke dalam windows. cuma tinggal lagi 1 perkara iaitu untuk belajar menggunakan beberapa software basic contohnya seperti open office (salah satu software yang sama fungsi dengan microsoft office).

0 comments: